Bismillahirrahmanirrahim.
Mixed feelings
Banyak benda dalam kepala tengah fikir dan nak kena fikir
*koff koff koff*
Tapi semuanya datang dari Allah
Tuhan yang Maha Teliti, yang menguasai segala yang ada di bumi dan langit
bila dah kata segala tu.. maksudnya semuaaaaaa la
yes, i mean SEMUAAA!
daripada sebesar-besar benda yang kita buat hari-hari
sampai la sekecik-kecik benda
contoh?
Allah dah mention dalam Quran
jom tengok {6:59}
"Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya; tidak ada yang mengetahui selain dari Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata, Lauh Mahfuz.."
Dia berfirman, even semuaaaaaa daun yang gugur atas muka bumi ni Dia tahu
malah takkan gugur daun tu tanpa sepengetahuan Dia
cuba lah kita bayangkan
nak-nak masa musim autumn (bagi yang tinggal di negara 4 musim)
kita tahu ke semua daun yang gugur?
*err soalan apakah ini -.-
untuk satu pokok pun belum tentu kita tahu berapa banyak daun yang jatuh
kira hebatlah kalau kita boleh kira dan tahu as in bilangan daun tersebut kan
itu baru satu pokok
cubalah bayangkan semua pokok kat cardiff ni bergabung
tapi ayat tu Allah bukan refer kat pokok-pokok di satu tempat je
Dia cakap semua!
tidak ada SEHELAI pun yang gugur yang Dia tak tahu
subhanallah~
nak cakapnya
kalau lah Allah tahu setiap helai daun yang gugur atas muka bumi ni satu persatu
takkan lah kita, manusia yang sebesar gajah ni
Dia tak boleh nak tahu apa yang kita buat, apa yang kita fikir, apa yang kita nak, etc...
oh kamon~
indeed Dia lah yang mengilhamkan segala apa yang kita kerjakan
ok sambung balik pasal daun gugur
bagi kita, daun-daun yang gugur tu takde pape pun
tak berguna
takde signifikan langsung
yelah, bila dah gugur jatuh ke tanah, dipijak sana sini
menyemak je adalah
senang cerita, daun-daun kering yang gugur tu kita anggap macam sampah jelah kan
tapi sekarang cubalah kita relate daun-daun tu dengan ayat ni
hebat sangat kuasa Allah
subhanallah~
tapi.. adakah kita, hamba yang hina dina ni mengambil pengajaran?
*yes, I'm referring to maself!! T_T*
dah tahu
Allah Maha Kuasa
Allah Maha Besar
tapi..
sudahkah kita letakkan Dia sebagai prioriti pertama kita dalam hidup ni melebihi segala benda yang lain?
adakah kita telah meletakkan Sang Pencipta kita, melebihi makhluk ciptaanNya sendiri?
adakah kita meletakkan pergantungan kita kepadaNya semata-mata dan bukannya bergantung kepada orang lain atau makhluk lain?
adakah kita benar-benar yakin dan percaya bahawa segala kejayaan adalah nikmat (atau ujian) daripadaNya, bukan sama sekali kerana usaha dan effort kita semata?
mari bertafakur sejenak dan kita koreksi diri
di mana kedudukan Allah dalam hidup kita?
T.T
nak kata betapa banyaknya nikmat yang kita dapat
menjadi muslim je pun satu nikmat yang tak terkata
menjadi muslim yang mukmin nikmat lagi
juga tak lupa
menjadi manusia yang dipilih oleh Dia untuk mengikuti tarbiyyah juga satu nikmat yang tak terperi
dari situ kita mula pandang semua benda daripada kacamata Islam
kacamata yang tak semua orang boleh beli
sebab kacamata ni limited edition
tak dijual di kedai-kedai
tapi hanya dihadiahkan kepada mereka yang terpilih
dan tak semua orang yang terpilih tu pulak nak pakai kacamata ni
ada yang tanggalkan balik dan tinggal macam tu je
ada yang kejap pakai kejap tanggal
ada yang eksaited pakai sepanjang masa tapi selepas beberapa ketika ditanggal dek kebosanan
ada yang istiqamah pakai kerana walau apa pun yang terjadi dia saaaaaaayangggg sangat hadiah tu!
dan beruntunglah orang yang istiqamah itu
orang yang tetap pakai dan terus mujahadah untuk pakai
walaupun dikatakan orang kacamata tu dah lapuk
dah ketinggalan zaman
dan tak tertanding langsung dengan kacamata baru yang lebih elegan bergaya
*********************************
tiba-tiba rasa dah panjang pulak
nak tulis benda lain sebenarnya
tapi pusing punya pusing, benda lain jugak yang tertulis
insyaallah semuanya ilham dari Dia
moga ada manfaat bagi yang membaca
ps : just found this blog. tulisan yang santai tapi menyentak-nyentak rasa dan merobekkan hati.
klik ini untuk membaca